Monday, July 18

PALESTIN - Kapal Perancis mula bergerak

Isnin, 18/ 7 - Sebuah kapal Perancis yang membawa aktivis pro-Palestina dan aktivis hak asasi manusia telah berangkat dari pantai Yunani untuk menuju ke Mesir dengan harapan boleh menghampiri wilayah Jalur Gaza yang di kawal ketat oleh Israel.

Pada hari Ahad yang lepas (17/7), penjaga pantai Yunani menyatakan bahawa kapal persiar bernama Dignite / Al Karama telah berlayar dari pulau Kastellorizo di sebelah tenggara Athena untuk menuju ke pelabuhan Alexandria di bahagian utara pusat Mesir.



Para aktivis awalnya dimaksudkan untuk melakukan perjalanan dengan kapal ke Gaza sebahagian dari 10 armada kapal yang merupakan Armada Kebebasan II.

Lebih dari 300 aktivis dari 22 negara telah merencanakan untuk melakukan konvoi armada laut untuk memberikan bantuan ke jalur Gaza.

Athens, berkerjasama dengan Israel, mencegah semua kapal lain memulai perjalanan mereka ke Gaza.

wallahua 'alam

Salam Imtihan...!

sumber: http://www.satuumat.blogspot.com/

Monday, June 27

ISRAEL merancang strategi...

Isnin, 27/6 - Kabinet keamanan Israel pada hari ini mengadakan sebuah mesyuarat untuk mengcegah sebuah armada internasional yang berniat untuk melanggar laut Gaza. Pada hari Ahad yang lalu, salah seorang menteri dalam mesyuarat tersebut menceritakan persiapan angkatan tentera Israel untuk mencegah konvoi 10 buah kapal yang dijangkakan akan berlayar dari Yunani .

Kemarin, para menteri memutuskan untuk tidak mengizinkan kapal melepasi jangkar di Jalur Gaza, walaupun mereka telah diberi keizinan untuk memunggah muatan mereka di pelabuhan Israel Asdod atau pelabuhan Mesir El-Arish.






Radio publik mengatakan Kaherah telah setuju untuk mengizinkan kapal-kapal untuk berlabuh ke dermaga di El-Arish, sebuah pelabuhan Mediterania yang terletak sekitar 50 kilometer sebelah barat perbatasan Mesir dengan Gaza.

Masih belum ada pernyataan rasmi Israel mengenai mesyuarat tertutup para menterinya. Namun, sumber menyatakan bahawa pihak Israel bersedia untuk menghentikan armada dan tidak membiarkan kapal mencapai Gaza.

Wallahua'alam

Monday, June 20

Tiada kedamaian bagi PALESTIN...!

Ahad, 19 Jun - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kembali menegaskan bahawa konflik Israel-Arab akan tetap berlanjut sehingga Palestin mengakui Israel sebagai negara bagi orang Yahudi.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
"Israel tidak akan merebut beberapa kilometer tanah namun apa yang penting adalah bahawa Palestin mahu mengakui Israel sebagai negara Yahudi" katanya.

Dia menambahkan dalam sebuah kenyataan di surat khabar Haaretz Israel, bahawa selagi Abbas tidak mengakui Israel maka tidak akan ada cara untuk mencapai kesepakatan perdamaian.

Kesimpulannya, telah terbukti daripada azali lagi bahawa kaum yahudi ini sangat sombong dan angkuh. Mereka bersifat keras kepala dan ingkar. Perbuatan-perbuatan mereka telah terbuku dalam surah-surah al-Quran. Pengakhirannya terletak di bahu kita sebagai mahasiswa/i perubatan untuk menilai mereka.

wallahua'alam